Kes Kehilangan Anak-anak Sodder
Pasangan George dan Jennie Sodder merupakan imigran Itali, kedua-duanya contoh terbaik bagi slogan ‘Impian Amerika’ – George bermula sebagai pekerja laluan keretapi di Pennsylvania hingga berjaya memiliki syarikat trak di West Virginia. Berkahwin pada awal 1920-an, keluarga mereka pun berkembang dengan 10 orang anak dan tinggal di sebuah rumah dua tingkat di utara Fayetteville, sebuah bandar di mana penduduk majoritinya pendatang dan keturunan mereka yang berasal dari Itali. Jennie bersama anak sulungnya, John Selain dikenali sebagai seorang lelaki yang kuat dan rajin bekerja serta ketua keluarga yang berdedikasi, George juga terkenal di bandar itu sebagai seorang yang suka berterus terang dan menyampaikan pendapat sendiri walau pahit sekalipun. Beliau dikatakan gemar mengutarakan kepada khalayak ramai mengenai kebenciannya terhadap diktator fasis Benito Mussolini - yang dilihat oleh kebanyakan rakyat Amerika berketurunan Itali sebelum Perang Dunia Kedua; sebagai lambang keg