Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

Keluarga Pembunuh Bersiri Pertama di Amerika Syarikat

Imej
Pada bulan Oktober tahun 1870, pekan Cherryvale, Kansas menyaksikan lima buah keluarga pendatang berfahaman Spiritualist – Fahaman yang sangat asing di kalangan penduduk tempatan di situ; berpindah masuk dan mendiami tanah-tanah kosong yang diwartakan oleh Akta Homestead waktu itu. Dikatakan kedatangan mereka semua disambut dengan tangan terbuka, tanpa banyak soal jawab. Kedudukan Cherryvale di daerah Labette Suasana pekan di Kansas pada abad ke-19 Apapun dalam masa setahun, dua keluarga berpindah keluar kerana tidak sanggup bertahan dengan keadaan cuaca dan muka bumi Cherryvale yang sukar, manakala yang lain meneruskan kehidupan di ladang mereka bersendirian. Hanya keluarga Bender saja yang menonjol. Dari kiri ke kanan: John Sr., Elvira, John Jr. dan Kate Pada mulanya, mereka kelihatan seperti sebuah keluarga yang normal. John Bender, Sr. (Senior) dan keluarganya menduduki sebidang tanah berhampiran jalan Great Osage Trail yang dilalui ramai p

Christopher Case: Mangsa Sihir?

Imej
Kematiannya penuh misteri tetapi di mata sains, ia dijelaskan sebagai penyakit biasa yang telah mengorbankan berjuta orang di seluruh dunia. Menurut pakar bedah siasat Rich Garner, Christopher Case meninggal dunia akibat “acute myocarditis” - radang jantung. Walau bagaimanapun, sepanjang hidupnya Christopher dikatakan menjalani kehidupan yang sihat. Ahli keluarga dan rakan-rakannya tidak pernah melihat lelaki itu merokok ataupun mengambil dadah. Malahan, dia tidak pernah meminum arak. Namun, dia ditemui mati pada usia 35 tahun. Ada yang berpendapat ahli sukan yang masih muda dan kuat juga berisiko diserang penyakit jantung. Selalunya penyakit jantung yang diwarisi dalam keluarga. Apapun, keluarga Christopher tiada sejarah penyakit tersebut di kalangan mereka. Dan ada satu lagi perkara yang aneh berkenaan kematiannya – dia sendiri tahu yang ajal semakin menghampirinya. Pada April 1991, Christopher Case dalam kebimbangan. Dia percaya yang dirinya hanya m