Kes Glico-Morinaga: Lelaki Raksasa Dengan 21 Wajah

Gambar hiasan




Selama 17 bulan dalam pertengahan 1980an, muncul seorang (sekumpulan?) lelaki dinamakan ‘The Monster With 21 Faces’ (Raksasa dengan 21 wajah) menakutkan seluruh Jepun dengan beberapa siri kes jenayah. Penjenayah itu gagal ditangkap sehingga kini.


Kes ini bermula pada 18 Mac 1984, apabila dua org lelaki bertopeng dan berbekalkan senjata api menculik Katsuhisa Ezaki, CEO syarikat pengeluar makanan ringan Glico di rumahnya. Lelaki itu dibawa ke sebuah gudang di Ibaraki dan dijadikan tebusan utk 1 billion yen. Namun sebelum wang tebusan dibayar, Ezaki berjaya melepaskan dirinya. Malangnya ini baru permulaan bagi penjenayah misteri itu.

Pada April 1984, beberapa buah kenderaan yang diletakkan di luar ibu pejabat Glico telah dibakar dan kawasan sekelilingnya turut musnah.


Pihak polis berpendapat penculikan dan pembakaran ini saling berkait, mereka juga yakin penjenayah-penjenayah tersebut memang menyasarkan syarikat Glico dan pekerja-pekerjanya.


Tidak lama kemudian, pada bulan Mei tahun yang sama, Glico menerima surat ugutan bertandatangankan “The Monster with 21 Faces” – menyatakan bahawa beberapa pakej gula-gula Glico akan dicemari dgn racun sianida. Selepas mengadakan perbincangan, syarikat Glico pun mengambil keputusan untuk menarik balik jualan kesemua produk makanan ringan mereka dari pasaran seluruh Jepun. Ini dikatakan satu bencana utk syarikat tersebut dengan kerugian bernilai $20 juta yang mengakibatkan pemecatan seramai 450 orang pekerja.


Dikatakan pihak polis hanya mampu mengumpul sedikit maklumat. Menurut laporan, satu kamera keselamatan kepunyaan sebuah kedai runcit telah merakam seorang lelaki yang bukan pekerja Glico menyusun-nyusun produk syarikat itu di atas rak. Lelaki tersebut memakai topi besbol – menyukarkan pihak polis untuk melihat wajah sebenarnya. Tambahan pula dalam rakaman itu hanya seorang saja suspek yang kelihatan, sedangkan dalam kes penculikan Ezaki terdapat dua org lelaki yang bertanggungjawab. Polis sendiri tidak pasti berapa orang sebenarnya yang terlibat dlm kes ini.





Masa pun berlalu tanpa sebarang tangkapan, penjenayah itu atau ‘Monster’ mula menghantar surat kepada media – surat itu mencabar dan mengejek kelemahan pihak polis Jepun.


Seluruh negara Matahari Terbit itu dilanda keadaan panik dan ketakutan. Penjualan gula-gula dan makanan ringan jatuh merudum.


Musim panas 1984, si ‘Monster’ memperkembangkan aktiviti ugutan-nya/mereka ke atas syarikat-syarikat pengeluar makanan ringan dan manisan yang lain seperti Morinaga, Marudai Ham dan House Food Corporation.


Pada masa yang sama juga, pihak polis berhempas pulas menyiasat segala info yang ada. Walau bagaimanapun, mereka menemui jalan buntu sehinggalah mendapat surat baru pada satu hari di hujung bulan Jun.


Si ‘Monster’ memberitahu bahawa dia/mereka akan menamatkan kegiatan jahat mereka dengan syarat diberikan wang sebanyak 50 juta yen. Wang itu diarahkan untuk dihumban dari keretapi yang sedang bergerak laju menuju ke Kyoto. Lokasi ‘pembuangan’ wang itu akan ditandakan dengan sebatang bendera putih di sepanjang perjalanan. Setelah berjaya mengumpulkan wang, seorang anggota polis berpakaian biasa pun menaiki keretapi dan menghabiskan masanya dengan memerhatikan luar tingkap, mencari bendera putih yang dimaksudkan oleh Monster itu.


Namun bendera putih itu langsung tidak kelihatan, tetapi anggota polis yang sedang menyamar tersebut perasan akan seorang lelaki bertubuh tegap, dan paling menonjol sekali adalah matanya seperti ‘mata musang’. Walaupun setiap pergerakannya diperhatikan, suspek itu berjaya menghilangkan diri setibanya keretapi itu di stesen Kyoto. Satu lagi percubaan menghantar wang tebusan telah dilakukan pada bulan November, turut menemui kegagalan yang sama.





Pada Oktober 1984, si ‘Monster’ menghantar sepucuk lagi surat kepada pihak media, yang ditujukan kepada semua “ibu-ibu di Jepun”. Dia/mereka menyatakan bahawa sebanyak 20 pakej gula-gula dan manisan yang dicemari dengan racun, dan pakej-pakej itu telah disusun bersama gula-gula yang lain di kedai-kedai runcit dan pasaraya. Sehubungan pendedahan itu, polis dikerahkan di seluruh negara mencari gula-gula beracun tersebut, dan mereka berjaya menemui lebih kurang 10 pakej gula-gula keluaran syarikat Morinaga yang telah tercemar.




Beberapa bulan kemudian iaitu Januari 1985, berdasarkan rakaman video yang lepas dan gambaran rupa lelaki di dalam keretapi Kyoto, pihak polis pun mengeluarkan poster penjenayah yang dikehendaki itu. Malangnya tiada siapa yang tampil untuk membantu siasatan polis.


Akhirnya pada bulan Ogos, Si Monster telah mengorbankan seorang mangsa walaupun bukan secara langsung. Tertekan dengan kegagalan dalam menangkap penjenayah misteri dan siasatan yang lemah, superintendent polis yang mengetuai pemburuan si Monster membunuh diri dengan membakar tubuhnya sendiri. Apabila berita itu tersebar, penjenayah itu pun mengirim surat-nya/mereka yg terakhir kepada media dengan mengutuk perbuatan superintendent tersebut. Sekali lagi dia/mereka merendah-rendahkan keupayaan polis serta mendedahkan si Monster tidak mempunyai kawan dan tempat persembunyian. Malah dia/mereka juga berpesan kepada polis untuk tidak membiarkan penjenayah seperti mereka terlepas begitu saja. Si Monster turut memberitahu yang dia/mereka tidak akan menganiaya mana-mana syarikat pengeluar makanan lagi selepas ini.


Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, tiada lagi perkembangan baru dalam siasatan ‘Monster with 21 Faces’ itu.


Kes ini secara rasminya telah ditutup. Walau penjenayah tersebut berjaya ditangkap sekalipun, dia/mereka tidak dapat didakwa kerana had statut undang-undang bagi kes penculikan dan meracun produk makanan di Jepun telah tamat.


Fakta menarik:

  • Surat pertama si Monster ditulis dalam bentuk hiranaga dan dialek Osaka. Dia/mereka turut memberitahu mereka pernah menceroboh kilang Glico melalui pintu pagar hadapan, dan surat itu ditaip dengan menggunakan mesin taip jenama PAN-Writer. Surat yang seterusnya dikirim apabila Glico mendapat kerugian besar, si Monster menyatakan bahawa dia/mereka memaafkan syarikat itu dan berjanji untuk tidak mengganggu mereka lagi.
  • Polis berjaya menemui pakej gula-gula Morinaga beracun kerana penjenayah itu sendiri yang memudahkan kerja mereka. Dikatakan setiap pakej tercemar itu dilekatkan dgn label ‘Bahaya: Mengandungi Toxin’. Beberapa pakej manisan lagi ditemui pada 1985, menjadikan jumlah penemuan kepada 21 pakej.
  • Seorang ahli Yakuza pernah dianggap sebagai suspek utama kerana wajah dan bentuk badannya serupa dengan lelaki di dalam keretapi dan rakaman video kedai. Namun apabila mendapati alibinya yang kukuh, lelaki itu dilepaskan.
  • Pada tahun 2000 satu khabar angin tersebar bahawa jenayah itu sebenarnya telah dilakukan oleh pihak Korea Utara. Apapun tiada sebarang bukti untuk menyokong teori tersebut.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Matinya Si Superman

Misteri Pembunuhan Keluarga Wolf