Misteri Pembunuhan Keluarga Wolf
Pada satu pagi 22 April 1920, John Kraft, jiran keluarga Wolf mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat pakaian mereka di jemuran terbiar sejak pagi semalam. Waktu itu dia sedang dalam perjalanan memandu ke arah pekan Turtle Lake, dan memandangkan tiada siapa mengendahkan dan mengangkat pakaian tersebut tatkala cuaca mendung dan berangin menambahkan lagi rasa kehairanan. Lelaki itu pun mendekati kawasan ladang rumah keluarga tersebut dan berasa pelik kerana berbeza dengan hari-hari biasa, pada pagi itu tiada siapa mengerjakan tanaman dan menguruskan haiwan ternakan. Suasana di ladang keluarga Wolf sunyi dan sepi. Bangsal Ladang Wolf Sebaik saja memasuki bangsal, John amat terkejut dengan apa yang dilihatnya: tiga mayat ditutup dengan tanah dan jerami – seolah-olah dilakukan dengan tergesa-gesa. Dia mengecam mayat itu sebagai jirannya, Jakob Wolf (umur 41 tahun) dan dua orang anak perempuannya yang masih kecil, Maria (9 tahun) dan Edna (7 t