"Surat Syaitan"
Tanpa disedari, rupa-rupanya dalam masa yang sama, dia telah menulis beberapa helai surat dalam bahasa yang amat sukar difahami. Maria dan rahib-rahib lain percaya bahawa surat-surat itu adalah hasil kerja tangan Syaitan, yang cuba menyesatkannya daripada jalan Tuhan.
Maria Crocifissa della Concezione |
Biara Palma di Montechiaro |
Namun pada Ogos 2017, muzium sains LUDUM Sicily telah mendapatkan satu salinan surat itu dan menjalankan analisis yang lebih canggih dan moden ke atasnya, dengan menggunakan perisian pecah kod untuk perisikan.
Pasukan LUDUM, yang diketuai oleh Daniele Abete, menemui perisian itu melalui salah satu laman ‘dark web’, di mana algoritma yang dibangunkan oleh agensi-agensi perisikan dibocorkan kepada khalayak ramai. Menurut LUDUM, “Surat Syaitan” adalah campuran bahasa Greek kuno, Arab dan Latin – Bahasa-bahasa yang diketahui oleh Rahib Maria, yang dikatakan seorang pakar linguistik. Mereka juga dapat mengesan sebahagian abjad Runic.
Hasilnya: Surat itu adalah gabungan pelbagai bahasa, dan apabila dipecah-pecahkan, pasukan itu dapat membaca isinya dengan jelas. Tulisan si Rahib memang cenderung ke arah apa yang menyimpang daripada ajaran agama. Berdasarkan surat itu, Holy Trinity adalah “beban” dan prinsip asas doktrin Katolik pula “tidak berkesan langsung.”
Selain itu, beberapa alasan yang merepek seolah-olah memujuk Rahib Maria untuk meninggalkan agamanya dan bersyarah mengenai Sungai Styx dari kepercayaan Greek kuno.
Abete yakin jika rahib itu hidup pada masa sekarang, dia akan didiagnosis sebagai skizofrenia atau penyakit mental lain yang sejajar dengannya. Barangkali juga Maria benar-benar telah mendengar suara dan menyalin semula semua perkara yang didengarinya, dan dengan kepakaran linguistiknya dia menzahirkan surat bid’ah, penuh dengan bahasa asing yang caca marba.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan