Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Matinya Si Superman

Imej
Selaku Superman TV pertama, George Reeves adalah hero untuk jutaan kanak-kanak. Namun, kematiannya yang penuh misteri dan skandal pada 1959 telah mengubah pandangan ramai ke atas lelaki itu. Ditemui tanpa seurat benang, Reeves telah ditembak di kepala selepas parti tengah malam di kediamannya. Cara kematiannya pada saat kegemilangan sebagai pelakon akan menjadi satu kontroversi yang menggemparkan Hollywood. Bersama Phyllis Coates, yang membawa watak 'Lois Lane' Tinggi dan tegap, Reeves adalah pilihan tepat untuk membawa watak hero Amerika di dalam siri televisyen ‘ The Adventures of Superman .’ Dari tahun 1952 hingga 1958, dia telah membintangi sebanyak 104 buah episod, tetapi pada lewat 50an, populariti siri itu mula merosot dan direhatkan buat sementara waktu selepas musimnya yang keenam. George Reeves sewaktu baru berkecimpung dalam dunia perfileman Reeves (berdiri kanan) dalam salah sebuah adegan 'Gone with the Wind'

KES MISTERI PEMBUNUHAN DI VILLISCA, IOWA

Imej
Kes berlaku pada musim panas tahun 1912 di sebuah bandar kecil bernama Villisca di Iowa, Amerika Syarikat. Pembunuhan ini sangat menggemparkan sehingga berjaya menyingkirkan berita Titanic yang tenggelam dua bulan sebelum itu, daripada muka depan akhbar-akhbar utama.   Pada pagi Isnin 10 Jun, Mary Peckham jiran kepada keluarga Moore menyedari keadaan rumah mereka yang tiba-tiba senyap dan sunyi, tidak seperti hari-hari yang lain. Dengan anak-anak seramai empat orang semestinya rumah dua tingkat tersebut penuh hiruk pikuk dan gelak ketawa. Namun pagi itu sungguh berbeza sekali. Setelah ketukan pintu dan panggilan tidak bersahut, Mary lantas menghubungi Ross Moore iaitu abang kepada ketua keluarga itu, Josiah Moore.   Setibanya di rumah tersebut, Ross membuka pintu dengan salinan kunci yang diberikan oleh adiknya. Namun entah kenapa tiba-tiba berasa kecut perut untuk memeriksa seluruh rumah tersebut, dia meminta Marshall Henry Horton pula untuk datang.

KES MISTERI PEMBUNUHAN DI HINTERKAIFECK, JERMAN

Imej
Semuanya bermula dengan beberapa kejadian misteri; tapak kasut di dalam salji yang datang dari kawasan hutan ke pintu belakang rumah, bunyi mengeriut di loteng, surat khabar yang tidak pernah dilihat dan dilanggan. Kemudian kehilangan kunci rumah, dan seseorang yang cuba memecah masuk ke dalam bangsal. Andreas Gruber, 63, seorang petani yang tinggal 60 batu di utara Munich, Jerman sendiri pun tertanya-tanya dengan insiden tersebut pada tahun 1922. Dia pernah menyatakan rasa peliknya itu dengan jiran dan rakan-rakannya, namun tidak lama kemudian akhirnya mereka dikejutkan dengan khabar pembunuhan kejam seluruh keluarga Andreas – termasuk isterinya Cazilia, 72, anak perempuan mereka Viktoria, 35, cucu Cazilia, 7 (nama sama dengan neneknya) dan Josef, 2, serta pembantu rumah mereka Maria Baumgartner,44. Kesemuanya dibunuh dengan menggunakan cangkul burung atau ‘pickaxe’ di rumah mereka, di ladang Hinterkaifeck. Pembunuhan tersebut sesungguhnya amat menggemp

Margaret Clement: Si Wanita Paya

Imej
Kisah hidup Margaret Clement seperti cerita dongeng, tetapi terbalik: kehidupan yang tenang dan gembira pada mulanya, namun berakhir dengan penuh kesedihan dan tragik. Ayahnya, Peter Scott Clement Jr, adalah kisah klasik insan miskin yang akhirnya kaya dan berjaya. Peter adalah seorang buruh daif berbangsa Scotland, berhijrah ke Australia pada 1850an bersama-sama adik beradiknya dengan harapan untuk mengubah nasib mereka. Dan dia benar-benar berjaya mencapai impiannya itu. Pada saat kematiannya, Peter Clement adalah salah seorang lelaki terkaya di Australia – Hasil usahanya yang bermula sebagai penjaga kerbau dan seterusnya berkecimpung dalam pelaburan hartanah dan emas. Walau bagaimanapun, perubahan dramatik dalam hidup lelaki itu tidak langsung membawa sebarang kegembiraan buat dirinya. Peter diingati semasa hayatnya sebagai seorang yang pendiam dan berwajah cengkung – dia dikatakan masih tidak dapat melupakan keperitan hidupnya satu tika dulu. Dia bertekad bahawa