Satu Pembunuhan Yang Mustahil (AN IMPOSSIBLE MURDER)





William Herbert Wallace dilahirkan pada 29 Ogos 1878 di Millom, Cumberland dan menghabiskan usia mudanya berkerja dalam industri kain dan fabrik. Dia telah merantau hampir seluruh dunia untuk menimba pengalaman, termasuk dua tahun di India. Selepas beberapa lama di China, William kembali ke England pada tahun 1907 kerana masalah kesihatan, dan terpaksa membuang buah pinggang kirinya. Antara 1907-1911, dia bekerja untuk Liberal Party di Harrogate, England, dan bertemu dengan Julia Dennis ketika menetap di situ. Mereka berkahwin pada Mac 1914.


William Herbert Wallace


Julia Dennis Wallace

Selepas Perang Dunia Pertama, William terpaksa menganggur setelah dipecat dari jawatannya dalam Liberal Party. Akhirnya dia mendapat kerja baru bersama Syarikat Prudential Assurance di Liverpool – Maka dia dan Julia berpindah ke alamat 29 Wolverton Street di daerah Anfield. Selama lima belas tahun di kediaman baru mereka, kehidupan pasangan itu dikatakan normal dan biasa-biasa saja. Tiap-tiap petang, kedua-duanya akan menghabiskan masa dengan bermain muzik – Julia bermain piano manakala William akan menemani alunan muzik isterinya dengan menggesek biola. Lelaki itu juga suka mengisi masa lapang dengan aktiviti botani, permainan catur dan ilmu kimia.


Rumah Pasangan Wallace


Namun pada 19 Januari, 1931, kehidupan pasangan Wallace yang senantiasa tenang itu akan berubah buat selama-lamanya.

Pada petang itu, William baru saja tiba di Kelab Catur Liverpool Central ketika kapten kelab tersebut menghulurkan sekeping nota pesanan -- dari satu panggilan telefon 25 minit sebelum kedatangannya. Nota itu menyatakan seorang pemanggil lelaki bernama ‘R.M Qualtrough’ meminta untuk bertemu dengan William di alamat ’25 Menlove Gardens East.’ Pemanggil itu juga memberitahu yang dia tidak akan menelefon lagi selepas itu kerana dia ‘terlalu sibuk dgn majlis harijadi anak perempuannya yg ke-21’. Walaupun berasa pelik, William memutuskan akan melawat alamat yang diberikan keesokan malamnya.


Suasana Kelab Catur Liverpool Central


Panggilan telefon misteri itu diterima di kafe kelab catur 

 
Pada hari berikutnya, sebelum keluar William berpesan kepada Julia untuk tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah tanpa kehadirannya. Lelaki itu pun menaiki tramcar ke destinasinya dan tiba di Menlove Avenue lebih kurang pada pukul 7 petang. Setelah berkeringat mencari ‘Menlove Gardens East’ termasuk bertanya dengan pejabat suratkhabar tempatan dan seorang pegawai polis, William sedar bahawa tempat itu tidak wujud – di situ cuma ada Menlove Gardens North, South dan West, tetapi TIADA ‘East’. Akhirnya dia putus asa selepas menghabiskan masa 45 minit di situ dan pulang ke rumah.

Kereta tram (tramcar) di Anfield, Liverpool


Dalam perjalanan pulang, William bertembung dgn jirannya pasangan Johnston di salah satu lorong. Menurut laporan polis, pasangan itu melihat sendiri lelaki tersebut terkial-kial membuka pintu belakang rumahnya.

Pasangan Johnston: John dan Florence pada tahun 1940an

Laluan ke pintu belakang rumah Wallace


Apabila dia berjaya membuka pintu, William disambut dengan mayat isterinya yg terbujur kaku di lantai ruang tamu.

Wanita itu dibunuh dengan kejam -- dipukul di kepala hingga mati. Percikan darah begitu banyak sekali hingga ada yang terpalit pada siling setinggi 7 kaki. Apabila pihak polis tiba, mereka menyedari tiada tanda rumah itu dipecah masuk dan berpendapat Julia mengenali pembunuhnya hingga menjemputnya masuk ke rumah. Mereka gagal menemui senjata pembunuhan, sinki dan parit bersih daripada kesan darah – menandakan pembunuh melarikan diri dalam keadaan lencun dengan darah mangsa. Menurut William, wang yang disimpannya sebanyak beberapa pound telah hilang. Polis menjangkakan waktu kematian Julia adalah sekitar pukul 8 malam.






William dengan sukarela memberikan kenyataan sebanyak dua kali kepada polis. Dia juga disoal siasat dan kemudiannya dilepaskan. Namun dua minggu kemudian, tanpa sebarang klu kecuali nota telefon Kelab Catur itu --  polis akhirnya menahan William atas pembunuhan isterinya. Penahanannya itu adalah berdasarkan buah mulut orang sekeliling bahawa perkahwinan mereka sebenarnya tidak bahagia dengan William yang dibebani penyakit buah pinggang dan Julia pula adalah seorg wanita yg sukar utk digembirakan dan selalu buat perangai. Polis juga yakin dgn hasil bukti-bukti keadaan (circumstantial evidence) termasuk ‘bukti’ bahawa panggilan telefon misteri itu dibuat dari pondok telefon yang berada 400 ela dari kediaman pasangan Wallace.


Lakon semula polis


Bagi mengesahkan teori mereka, pihak polis melakonkan semula rentetan kejadian dengan mengarahkan seorg detektif muda belia beraksi sebagai William. Ini sedikit mencemarkan ketelusan siasatan kerana William adalah seorg lelaki berusia 52 tahun yg mempunyai masalah kesihatan serius. Sudah tentu dgn tubuh badan yang sihat dan cergas, detektif muda itu berjaya membuktikan suspek tersebut mampu bergerak pantas dalam lingkungan masa yg diberikan serta mempunyai daya tenaga yang kuat untuk menghayun senjata ke atas isterinya. Polis turut mengubah masa kematian, demi padanan teori itu, kepada pukul 6.30 petang.

Walau bagaimanapun, semasa mula-mula bercakap dengan William di tempat kejadian – pihak polis sepatutnya sudah maklum akan keadaan dan rupa lelaki itu pada waktu tersebut. Pembunuhan sedahsyat itu sudah pasti menghasilkan kesan darah yang banyak. Tambahan pula, siasatan yang lebih teliti mendapati memang tiada walau setitik darah pun pada pakaian William, sinki dan parit rumahnya. Akan tetapi ada satu lagi penjelasan yang difikirkan oleh polis; dia berbogel dan hanya memakai kot hujan ketika melakukan pembunuhan. Ini dibuktikan dengan kot itu yang dijumpai di bawah mayat Julia.

Walaupun William bertegas bahawa dia tidak bersalah, lelaki itu didakwa atas pembunuhan Julia di mahkamah Liverpool Assizes. Secara luaran, perbicaraan itu kelihatan seperti menyebelahi William, termasuk testimoni seorang budak penghantar susu yg mengakui telah melihat Julia beberapa minit sebelum kematiannya. Namun selepas sejam membuat pertimbangan, mahkamah mendapati William bersalah dan menjatuhkan hukuman mati. Dalam perkembangan yg mengejutkan, sabitan itu telah dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan. Mahkamah itu mendapati bukti-bukti yang ditunjukkan tidak cukup memuaskan, dengan itu William dilepaskan dan dibebaskan.


William meninggalkan mahkamah


Selepas perbicaraan dan pembunuhan yang penuh dengan skandal itu, William berusaha untuk menjalani kehidupannya seperti biasa. Setiap hari dia menerima surat penuh ugutan dan kebencian. Walaupun dia masih bekerja dengan Prudential, ramai pelanggannya enggan berurusan dengannya lagi. Dua tahun kemudian, William meninggal dunia akibat komplikasi daripada penyakit buah pinggangnya dulu.

Beberapa teori muncul berdekad-dekad sejak pembunuhan itu. Ada yang membuktikan William Herbert Wallace tidak bersalah dan ada juga yang menunjukkan sebaliknya. Apapun, terdapat satu teori yang menarik berkenaan seorg lelaki bernama Richard Gordon Parry, juga seorang pekerja bawahan Prudential Assurance Company.

Richard Gordon Parry

 Pada waktu pembunuhan Julia, Parry berumur 22 tahun. Dia memiliki sebuah kereta dan menjalani kehidupan yang huru hara. Sebagai seorg rakan sekerja William, Parry tahu mengenai wang kutipan insurans harian lelaki itu yang disimpan dalam tabung khas di rumahnya. Parry juga mengenali Julia, dan ini tidak mustahil sekiranya wanita tersebut sudi menerima kehadirannya di rumah pasangan Wallace itu. Menurut teori yang satu ini; Parry lah yg telah membuat panggilan kepada Kelab Catur untuk mengumpan William keluar pada petang keesokan harinya. Maka dengan ketiadaan William, Parry pun tiba di muka pintu dan Julia dengan ramahnya menjemput rakan sekerja suaminya itu masuk – kemudian Parry terus membunuhnya dan mencuri wang kutipan William.

Pada tahun 1980, seorg editor berita radio bernama Roger Wilkes melawat semula tempat kejadian. Akhirnya siasatan itu cenderung ke arah Richard Gordon Parry sebagai suspek utama – yang pernah disoalsiasat polis tetapi dilepaskan setelah memberi alibi yang meyakinkan. Namun Wilkes turut menemui bukti bahawa Parry pernah datang ke sebuah garaj dan bengkel tempatan. Dia meminta seorang pekerja di situ membersihkan keretanya dengan hos air berkuasa tinggi. Pekerja itu juga perasan akan sarung tangan Parry yang basah dengan darah. Pada saat Wilkes berjaya mengabungkan setiap fakta dan penemuan dalam kes itu, malangnya dia sudah terlambat. Richard Gordon Parry meninggal dunia beberapa bulan sebelum itu, iaitu pada 14 April 1980.

Garaj/bengkel tempat Parry membersihkan keretanya

Seandainya William Herbert Wallace yang benar-benar bersalah, menggunakan kebijakannya sebagai pemain catur dengan merancang pembunuhan yang sempurna -- ini adalah satu lagi tragedi yang amat dahsyat bagi mendiang Julia kerana dia disemadikan bersama pembunuhnya dalam satu kubur.

Secara rasminya, kes pembunuhan Julia Wallace dianggap akan kekal sbg misteri.








Fakta menarik:

  • Saksi-saksi berada di Menlove Avenue termasuk konduktor kereta tram mengatakan William kelihatan begitu beria-ia mencari alamat yang tidak wujud itu dan berkali-kali mengingatkan mereka yang dia tidak biasa dengan kawasan tersebut.
  • Sepanjang penglibatan William di Kelab Catur, panggilan R.M Qualtrough adalah pertama dan terakhir yang diterima untuknya. Beliau sebenarnya tidak aktif, dan jarang-jarang muncul ke kelab itu.
  • Walaupun rumah itu berselerak dikerjakan pembunuh yang kononnya bermotifkan rompakan, beg tangan Julia yang terletak berdekatan mayatnya tidak terusik. Beg itu dikatakan mempunyai sejumlah wang dan barang kemas.
  • Sebelum kejadian, Richard Gordon Parry telah dipecat oleh Prudential setelah dia dilaporkan menyonglap wang syarikat itu beberapa kali. Dan siapa yang melaporkan perbuatannya itu kepada pihak atasan? William Herbert Wallace.
  •  Menurut rakan-rakan Parry, dia seorg yang mahir mengubah-ubah suaranya. Parry suka bergurau membuat panggilan telefon ‘prank call’ menggunakan kemahirannya itu.
  •  Selain William dan Parry, pasangan Johnston juga dianggap sebagai suspek. Waktu itu, adalah menjadi kebiasaan jiran turut menyimpan kunci rumah sebelah. Pada 1960an di sebuah rumah orang-orang tua, John Johnston dikatakan pernah mengakui kepada salah seorg kawannya bahawa dialah pembunuh sebenar Julia Wallace. Pada mulanya John berniat untuk merompak saja. Namun setelah disiasat dengan lebih lanjut, pengakuan itu tidak dapat diterima kerana John menghidap penyakit nyanyuk semasa ‘mengaku’ kepada kawannya itu.
  •  Sydney Scholefield Allen, bekas peguambela William hadir di hospital pada saat-saat akhir lelaki tua itu. Sydney memberitahu sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, William sempat berkata, “Kita tetap menang, kan nak?”



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Matinya Si Superman

Kes Glico-Morinaga: Lelaki Raksasa Dengan 21 Wajah

Misteri Pembunuhan Keluarga Wolf