Kes Pembunuhan Teresita Basa
Gambar hiasan |
Teresita Basa, 47 tahun, adalah seorg ahli terapi pernafasan
berasal dari Filipina yang bekerja di sebuah hospital di Chicago, Illinois.
Beliau dikatakan seorg yang baik dan tidak mempunyai musuh, serta menjalani
kehidupan biasanya di apartment Pine Grove berseorangan. Dan di apartment inilah,
mayatnya di temui pada 21hb Februari 1977. Salah seorg jirannya membuat
panggilan kecemasan setelah melihat kebakaran di unit kediaman Teresita.
Apartment kediaman Teresita |
Wanita malang itu ditemui mati ditikam, dengan pisau yang masih terpacak di dadanya.
Beliau juga dalam keadaan bogel dan ditutupi dengan tilam – kemungkinan besar untuk
memudahkan proses pembakaran, sebelum si pembunuh melarikan diri. Selain itu,
polis mengesyaki mangsa turut diserang secara seksual. Pada waktu itu pihak
polis belum sedar lagi akan kehilangan barang-barang berharga milik
Teresita.
Kes itu sangat mencabar bagi polis kerana tiada suspek dan mereka juga tidak tahu sama ada berlakunya kecurian di apartmen itu. Langsung tiada petunjuk di tempat kejadian. Namun semuanya berubah apabila rakan sekerja wanita Teresita, Remebios, juga dikenali sebagai Remy Chua menawarkan diri untuk membantu dengan membenarkan tubuhnya ‘dirasuk’ roh Teresita dan seterusnya ‘memberitahu’ polis apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian.
Remy menceritakan pengalamannya dengan roh wanita itu bermula di bilik loker hospital. Beliau turut bermimpi melihat wajah seorg lelaki di belakang Teresita. Akhirnya Remy yang dirasuk oleh roh mangsa bunuh itu, bercerita kepada suaminya Dr. Chua mengenai perkara yg berlaku ke atas diri Teresita sehingga ke saat kematian.
Kisahnya, seorg atendan yang bekerja di hospital sama bernama Alan Showery, 32 tahun, telah pergi ke apartment Teresita kononnya untuk membantu membaiki tv wanita itu. Pada masa itulah, Alan menyerang, membunuh dan mencuri barang kemas Teresita dan membakar mayatnya bersama tilam. Remy juga ‘memberitahu’ suaminya bahawa barang kemas yang dicuri itu telah diberikan kepada teman wanita Alan sebagai hadiah. Berbekalkan maklumat ini, Dr Chua lantas membuat laporan dan membantu siasatan polis.
Alan Showery |
Sejurus mendapat info yang tidak disangka-sangka, para penyiasat menemui Alan di rumahnya dan untuk tidak menimbulkan syak wasangka, mereka menjemputnya ke balai polis kononnya bagi membantu siasatan memandangkan dia adalah rakan sekerja mangsa. Teman wanita Alan, Yanka Kamluk pula berada di apartmen mereka - disoal siasat oleh pegawai-pegawai polis yg lain. Di balai polis, Alan menyatakan dia memang pernah datang ke rumah Teresita utk membaiki TV-nya tetapi tidak jadi. Menurutnya, dia kembali ke rumah sendiri dan membaiki kerosakan wayar elektrik rumahnya pula. Bila Yanka ditanya mengenai hal itu, dia memberitahu polis – Alan sebenarnya tidak tahu langsung mengenai hal-hal berkaitan elektrikal apatah lagi membaikinya.
Kemudian polis menanyakan perihal barang kemas pemberian Alan kepada Yanka. Wanita itu mengakui teman lelakinya secara tiba-tiba menghadiahkan rantai dan cincin emas. Barang-barang kemas tersebut dibawa ke balai polis dan mereka menghubungi no. telefon saudara yang diberikan oleh roh Teresita bagi mengesahkannya -- Cincin dan rantai itu sememangnya adalah milik beliau.
Harus diingat, maklumat yang didapati secara supernatural tidak cukup untuk menangkap dan mendakwa si pembunuh. Namun tertekan dgn hasil siasatan polis, Alan Showery pun mengambil keputusan untuk mengaku salah. Dengan pengakuan yang digandingkan bersama bahan-bahan bukti, dia dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun. Walau bagaimanapun, Alan dibebaskan pada tahun 1983 setelah dipenjara selama 4 tahun.
Mayat Teresita pula dituntut oleh keluarganya dan dibawa pulang ke kampung halamannya di Negros Oriental, Filipina.
Sukar untuk menentukan apa sebenarnya yang berlaku dalam penyelesaian kes Teresita Basa ini, dan juga peranan Remy Chua. Sebagai rakan sekerja dalam terapi pernafasan, Remy mungkin sudah maklum mengenai Alan yang datang ke rumah Teresita untuk membaiki tv. Tidak mustahil dia mengetahuinya melalui cerita dari mulut ke mulut sesama pekerja hospital. Mungkin juga dia sendiri terdengar Alan bercerita, bercakap besar bagaimana dia berjaya melepaskan diri setelah membunuh seseorang.
Dan teori satu lagi; dunia roh dan supernatural.
Adakah roh Teresita benar-benar bangkit dan membantu siasatan
polis hingga tertangkapnya orang yang bertanggungjawab atas kematiannya?
Sumber: chicagonow.com
Ulasan
Catat Ulasan