Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Kes Kehilangan Anak-anak Sodder

Imej
Pasangan George dan Jennie Sodder merupakan imigran Itali, kedua-duanya contoh terbaik bagi slogan ‘Impian Amerika’ – George bermula sebagai pekerja laluan keretapi di Pennsylvania hingga berjaya memiliki syarikat trak di West Virginia. Berkahwin pada awal 1920-an, keluarga mereka pun berkembang dengan 10 orang anak dan tinggal di sebuah rumah dua tingkat di utara Fayetteville, sebuah bandar di mana penduduk majoritinya pendatang dan keturunan mereka yang berasal dari Itali. Jennie bersama anak sulungnya, John Selain dikenali sebagai seorang lelaki yang kuat dan rajin bekerja serta ketua keluarga yang berdedikasi, George juga terkenal di bandar itu sebagai seorang yang suka berterus terang dan menyampaikan pendapat sendiri walau pahit sekalipun. Beliau dikatakan gemar mengutarakan kepada khalayak ramai mengenai kebenciannya terhadap diktator fasis Benito Mussolini - yang dilihat oleh kebanyakan rakyat Amerika berketurunan Itali sebelum Perang Dunia Kedua; sebagai lambang keg

Kes Pembunuhan Empat Sekeluarga di Setagaya, Jepun

Imej
Pada pagi 31 Disember 2000, salah seorang saudara kepada keluarga Miyazawa menemui mayat si ayah Mikio, 44, isteri Yasuko, 41, anak perempuan mereka Niina, 8, anak lelaki Rei, 6, di rumah mereka di Setagaya, Tokyo. Rei dipercayai mati akibat dicekik di bilik tidurnya manakala tiga orang ahli keluarganya ditikam. Mayat Mikio, Yasuko dan Niina ditemui bergelimpangan di dua bahagian rumah tersebut. Pihak berkuasa membuat andaian bahawa pembunuh tersebut masuk melalui tingkap bilik air di tingkat dua rumah Miyazawa dalam pukul 11.30 malam. Dia mula-mula menuju ke bilik Rei yang sedang tidur waktu itu dan terus mencekiknya. Mikio ditemui di tingkat bawah berdekatan dengan tangga, berkemungkinan cuba naik ke atas apabila mendengar bunyi bising tersebut. Mangsa seterusnya adalah isteri dan anak perempuannya pula. Pembunuh kemudiannya menggeledah seluruh rumah keluarga malang itu, dan dikatakan menghabiskan masanya di situ selama 10 jam. Apabila selesai melakukan perbuatan kejamnya ke

Kes 'the Frog Boys'

Imej
Kejadian misteri ini dikatakan sebagai salah satu kes yang menggemparkan seluruh Korea Selatan.  Segalanya bermula pada 26 Mac 1991 dan merupakan cuti sempena pilihan raya tempatan di Daegu. Lima orang budak lelaki - U Cheol-won, Jo Ho-yeon, Kim Yeong-gyu, Park Chan-in dan Kim Jong-sik (berumur di antara 9-13 tahun) bercadang untuk pergi ke Gunung Waryong bagi menangkap katak. Malangnya selepas itu mereka tidak akan kembali ke pangkuan keluarga mereka lagi buat selama-lamanya. Kehilangan mereka menjadi berita utama dan Presiden Roh Tae-woo mengerahkan 300 ribu orang pegawai berkuasa untuk membantu pencarian budak-budak tersebut – pencarian ini turut ditayangkan di televisyen secara langsung. Sebanyak 8 juta risalah disebarkan dan ganjaran 42 juta won (USD35 ribu) kepada sesiapa yang membantu hingga terjumpanya pelajar-pelajar sekolah rendah itu. Beberapa orang ibu bapa mangsa juga sanggup berhenti kerja demi menemui anak mereka semula. Usaha pencarian kemudiannya diperkemba

KES TOPENG LEAD (The Lead Masks Case)

Imej
Dua kematian dalam satu kejadian ganjil telah berlaku di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1966. Sehingga kini kematian mereka dianggap sebagai unik dan tiada siapa yang boleh memberikan penjelasan yang tepat dan logik mengenainya. Pada 17 Ogos 1966, dua pekerja membaiki elektronik dari Campos dos Goytacazes menaiki bas ke bandar, memberitahu keluarga bahawa mereka ingin pergi membeli barangan untuk kerja dan juga membeli kereta terpakai. Lelaki-lelaki itu - Miguel Jose Viana and Manoel Pereira da Cruz, kemudiannya singgah di sebuah bar untuk membeli sebotol air. Penjaga bar yang menceritakan semula kepada pihak polis, perasan akan Miguel yang kelihatan terburu-buru dan gelisah sambil melihat jam tangannya. Itulah kali terakhir dua sekawan itu dilihat masih hidup. Tiga hari kemudian, seorang pemuda Jorge Costa Alves sedang bermain laying-layang di Bukit Vintém (Morro do Vintém) apabila dia menemui mayat kedua-dua lelaki itu, dan dia lantas menghubungi pihak berkuasa. Polis

Kes 'Pontianak Atlas' (the Atlas Vampire)

Imej
Gambar hiasan Stockholm pada 1930an Lilly Lindstrom, 32 tahun, seorang pelacur tinggal berseorangan di sebuah apartmen dalam kawasan bernama Atlas di Stockholm, Sweden – dikenali oleh jiran-jirannya dengan panggilan ‘the call girl'. Ini bukan kerana pekerjaannya yang menawarkan perkhidmatan seks itu, tetapi Lilly adalah satu-satunya penduduk apartmen itu yang mempunyai telefon waktu itu. Namun tidak lama kemudian, dia akan menjadi terkenal untuk peristiwa yang jauh lebih dahsyat.  Pada 4 Mei 1932, mayat Lilly ditemui tersembam di atas katilnya; dalam keadaan telanjang dan juga tubuhnya ‘kering’ kerana kehabisan darah. Pihak berkuasa yang menemuinya telah dipanggil oleh kawan dan juga teman sepelacuran Lilly, Minnie Jansson. Dia tinggal di tingkat bawah, dan menyedari yang dia sudah beberapa hari tidak melihat kelibat wanita malang tersebut. Ketika pihak berkuasa masuk ke unit apartmen Lilly, mereka turut menjumpai pakaiannya yang dilipat dengan kemas dan diletakka

Kematian Aneh Zigmund Adamski

Imej
Gambar hiasan Zigmund Jan Adamski dilahirkan pada Ogos 1923 dan menghabiskan hampir keseluruhan usianya di negara asalnya Poland. Kemudian dia mengahwini Leokadia atau lebih dikenali sebagai Lottie, seorang pesakit sclerosis berbilang (multiple sclerosis) pada 1957. Tiga tahun kemudian, pasangan itu berhijrah ke Tingley, sebuah pekan kecil yang terletak berdekatan Wakefield di Yorkshire, England. Dalam 20 tahun berikutnya, pasangan Adamski hidup dengan tenang dan juga mesra dengan orang sekeliling. Namun, peristiwa yang berlaku pada 6 Jun, 1980 akan mengubah kehidupan mereka dan penduduk pekan Tingley. Zigmund Adamski Pada pukul 3.30 petang, Zigmund Adamski atau lebih dikenali sebagai “Ziggy” dikatakan sedang berjalan kaki menuju ke arah barisan kedai untuk membeli barang dapur. Waktu itu keadaan kelihatan seperti hari-hari biasa. Adamski sempat menyapa dan bertanya khabar salah seorang jiran sebelum meneruskan perjalanannya. Itu adalah kali terakhir dia dil

Matinya Si Superman

Imej
Selaku Superman TV pertama, George Reeves adalah hero untuk jutaan kanak-kanak. Namun, kematiannya yang penuh misteri dan skandal pada 1959 telah mengubah pandangan ramai ke atas lelaki itu. Ditemui tanpa seurat benang, Reeves telah ditembak di kepala selepas parti tengah malam di kediamannya. Cara kematiannya pada saat kegemilangan sebagai pelakon akan menjadi satu kontroversi yang menggemparkan Hollywood. Bersama Phyllis Coates, yang membawa watak 'Lois Lane' Tinggi dan tegap, Reeves adalah pilihan tepat untuk membawa watak hero Amerika di dalam siri televisyen ‘ The Adventures of Superman .’ Dari tahun 1952 hingga 1958, dia telah membintangi sebanyak 104 buah episod, tetapi pada lewat 50an, populariti siri itu mula merosot dan direhatkan buat sementara waktu selepas musimnya yang keenam. George Reeves sewaktu baru berkecimpung dalam dunia perfileman Reeves (berdiri kanan) dalam salah sebuah adegan 'Gone with the Wind'