Shanti Devi dan Kisah Kelahiran Semulanya
Shanti Devi dilahirkan pada 11 Disember, 1926 di Chirawala Mohulla, sebuah pekan kecil di Delhi. Ketika kecil, dia dikatakan tidak gemar bercakap sehinggalah mencapai usia 4 tahun, tapi keseluruhannya Shanti adalah seorang gadis yang normal. Pada usia 4 tahun, gadis kecil itu mula memberitahu rumah yang didiaminya sekarang bukanlah rumahnya yang sebenar, begitu juga ibu bapanya – mereka adalah org asing baginya. Dia juga menyatakan nama sebenarnya adalah Lugdi bukan Shanti Devi. Ibu bapanya pada waktu itu cuma beranggapan si anak mempunyai daya imaginasi tinggi. Shanti bersama bapanya Apabila mencecah usia 6 tahun dan tertekan kerana terpaksa menerima ‘orang asing’ sebagai ibu bapanya, Shanti pernah cuba melarikan dirinya ke Mathura kampung halaman ‘sebenar’nya yang sejauh 145km dari Delhi. Bukan saja di rumah, di sekolah juga dia bercerita dalam dialek Mathura bahawa dirinya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Suaminya, kata